Tuesday, October 2, 2007

Keselamatan Anak-anak

Sebagai ibu bapa kita mungkin tersentuh dengen tragedi Nurin. Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab kita. Bukan sekadar takut anak-anak kita hilang atau diculik, tapi kita harus prihatin atas keselamatan mereka. Ada beberapa perkara yang kita perlu beri perhatian untuk menjaga keselamatan mereka serta mengelakkan mereka terjebak dalam pelbagai gejala sosial yang tidak sihat. Antaranya ialah :

1. Memastikan atau menggalakkan anak-anak anda supaya melibatkan diri dalam
kegiatan/program keagamaan.
2. Menggalakkan anak-anak anda menceburi dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah-
sekolah selain daripada sekolah biasa.
3. Melibatkan diri dalam bidang-bidang sukan yang sihat.
4. Elakkan memberi wang berlebihan kepada anak-anak anda.
5. Jangan biarkan anak-anak anda balik ke rumah sehingga jauh malam.
6. Sentiasa mengawasi perubahan dalam perangai, sikap dan kelakuan anak-anak.
7. Mengambil tahu tentang pergaulan dan asal-usul sahabat mereka untuk memastikan mereka
mempunyai latarbelakang yang baik.
8. Melarang anak-anak anda daripada mengujungi tempat-tempat yang kurang sihat seperti
tempat hiburan, disko, pusat snoker dan lain-lain.
9. Membuat lawatan mengejut ke tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh anak anda untuk
memastikan kegiatan mereka.
10. Menjauhkan anak-anak anda dari melepak di tempat-tempat perjudian, maksiat, sarang-
sarang kongsi gelap dan tempat-tempat ahli kongsi gelap selalu berkumpul.

Wednesday, September 26, 2007

Perkongsian Ilmu

Saya percaya bahawa dikalangan kita guru-guru SMK Sungai Pusu ada yang suka menulis. Perkongsian ilmu dewasa ini amat mudah untuk dilaksanakan. Tidak seperti dahulu yang memerlukan kertas dan mesin taip. Saya masih ingat sewaktu menyiapkan tesis sarjanamuda dahulu, amat menyeksakan dengan menggunakan mesin taip. Kini semua itu telah dipermudahkan, di mana sahaja kita berada kita boleh menulis dan menyalurkan maklumat tanpa memerlukan kertas dan mesin taip. Apa yang penting ialah hasrat kita untuk berubah mengikut peredaran masa. Teknologi ICT kini telah menguasai kehidupan kita semua. Kita tidak boleh lari daripada semua itu. Janganlah kita berada lagi dalam kelompok " seperti katak di bawah tempurung".
Pergunakankan kemudahan yang ada pada hari ini untuk kita menyalurkan idea dan pandangan agar dapat dikongsi bersama terutamanya di kalangan warga pendidik. Coretan seorang guru kini tidak lagi tertumpu pada papan hitam dan kertas, yang mana penyebarannya amat terbatas.
Ayuhlah kawan-kawan, marilah kita bersatu hati untuk mengerakkan blog ini. Semoga apa yang kita buat hari ini akan memberi manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat dari Penyelaras
Ibrahim bin Yaacob

Wednesday, July 4, 2007

Profil Makmal Kumputer SMK Sungai Pusu



Makmal Bestari SMK Sungai Pusu mula dibuka pada awal tahun 2000. Makmal ini merupakan makmal komputer di bawah Projek Rintis Sekolah Bestari.
Menempatkan 21 buah komputer Pentium 3 yang menggunakan sistem operasi Windows 98.
Terletak di tingkat bawah Blok D. Semua komputer dirangkaikan kepada Server yang terletak di Bilik Server di blok A.


Makmal Teknologi Maklumat merupakan makmal komputer yang diubahsuai daripada bilik darjah. Makmal ini digunakan untuk pembelajaran mata pelajaran Teknologi Maklumat. Mula beroperasi pada tahun 2004. Menempatkan 21 buah komputer pentium 4 yang menggunakan operasi Windows Xp. Terletak di aras 1 Blok C. Semua komputer juga dirangkaikan kepada Server yang terletak di Bilik Server di blok A.